Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Puisi

Hilang Waktu II

Lelaki berjambang itu la tidak kujumpa ada di pangkalan membimbit hidupnya tidak kutahu berapa usia. Kami saling berjabat menyisir malam larut setelah pijar mentari yang terbenam. Kemarau hilang seketika jam siapa terjatuh di kakiku menanar dia bertanya waktu. Bulan dinding kabut jaring mimpi siapa pecah bertabur ajal maut siapa menghenti dengkur. Karya : AbdulHadi Muhammad Angkatan Penyair Kelantan.

Dunia Cinta

        Berada di dunia cinta sememangnya indah. Tetapi mengapa ia hadir hanya seketika. Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi mengeratkan ikatan kemesraan, akhirnya hanyut di bawah arus gelora. Biarpun begitu hati tidak serik untuk bercinta lagi. Rasa cemburu terbit di hati bilamana melihat kemesraan teman-teman bersama pasangan masing-masing. Begitulah dunia cinta penuh dengan ucapan sayang dan janji manis yang terkadang tidak tertunai. ~Bunga Abadi, Sabah.

Pendaki

Apakah yang kautemui Di hujung pengumpalan kesedaran Yang terpecah adalah Langkah songsang pengembara Dan pengatur waktu memulakan dengan tertib Menjahit duka meninggikan harapan Kerana pendaki memilih keberanian. Belum waktunya mentari padam ketika senja Kerana perjalanan seharusnya menembusi dinding segala kabus Menjaring sayap gementar Antara gelombang kejatuhan Dengan warna kehidupan. Ketika menyisir perjalanan Seperti membuka lembaran waktu Yang mempersonakan atau mejemukan Tebing dan lereng pendakian itu Bernama ketahanan dan keberanian Ia adalah ruang dan perangsang. Karya : --  Tarikh : --  Petikan : --  Terbitan : -- Klang, Selangor. P/s sorry... dia tak bagi nama and tarikh..

Harga Diri

Lima ribu serbasatu, Itukah harga sebuah cinta, Atau nilai maruah, Bakal mertuaku, Yang telah tidak jadi. Bukan kerana tidak mampu, Atau hilangnya cinta, Atau putus asa, Tetapi ketetapan itu, Terlalu murah, Untuk harga satu maruah. SAZALEE YACOB. 1/10/1990 P/S deep.. ambik ikhtibar.

Hiba Sepasang Remaja

Gadis ayu bertudung malu  semanis kalbu membendung silu  tunduk membisu semakin kelu  menjenguk rindu di angin lalu. Pinggiran kampung berputik cinta  kasmaran termenung tilik cerita  jika beruntung lempar si buta  duka diusung tercemar sita. Malang bertemu jaka berpura  kembang layu bunga sakura  gerigis berdebu gurun sahara  gadis pilu diruntun lara. Ini dia  puisi hiba  sepasang remaja  di desa dosa  di kota kata  di angan syurga  musnah segala.... Mugamutiara  Akademi seni kebangs

Penyair

 1. Dia seorang insan      berjalan dengan keyakinan      membawa ketajaman fikiran      dan bijak mentafsir. 2. Dia seorang insan     melihat dengan kematangan     kemudian memaknakan    dengan ilmu dan pengalaman. 3. Dia seorang insan     ibarat sebatang lilin     berkorban untuk lain. Karya : Pena Mutiara ( Ahmad Sabki Tahir )  Tarikh : 1993  Petikan : Antologi Bunga Desa  Terbitan : Dewan Bahasa dan Pustaka.