Langkau ke kandungan utama

Hiba Sepasang Remaja



Gadis ayu bertudung malu
 semanis kalbu membendung silu
 tunduk membisu semakin kelu
 menjenguk rindu di angin lalu.

Pinggiran kampung berputik cinta
 kasmaran termenung tilik cerita
 jika beruntung lempar si buta
 duka diusung tercemar sita.

Malang bertemu jaka berpura
 kembang layu bunga sakura
 gerigis berdebu gurun sahara
 gadis pilu diruntun lara.

Ini dia
 puisi hiba
 sepasang remaja
 di desa dosa
 di kota kata
 di angan syurga
 musnah segala....

Mugamutiara
 Akademi seni kebangs

Catatan popular daripada blog ini

Dunia Cinta

Berada di dunia cinta sememangnya indah. Tetapi mengapa ia hadir hanya seketika. Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi mengeratkan ikatan kemesraan, akhirnya hanyut di bawah arus gelora.

Biarpun begitu hati tidak serik untuk bercinta lagi. Rasa cemburu terbit di hati bilamana melihat kemesraan teman-teman bersama pasangan masing-masing. Begitulah dunia cinta penuh dengan ucapan sayang dan janji manis yang terkadang tidak tertunai.

~Bunga Abadi, Sabah.

Penyair

1. Dia seorang insan
     berjalan dengan keyakinan
     membawa ketajaman fikiran
     dan bijak mentafsir.2. Dia seorang insan
    melihat dengan kematangan
    kemudian memaknakan
   dengan ilmu dan pengalaman.3. Dia seorang insan
    ibarat sebatang lilin
    berkorban untuk lain.
Karya : Pena Mutiara ( Ahmad Sabki Tahir )
 Tarikh : 1993
 Petikan : Antologi Bunga Desa
 Terbitan : Dewan Bahasa dan Pustaka.




Harga Diri

Lima ribu serbasatu,
Itukah harga sebuah cinta,
Atau nilai maruah,
Bakal mertuaku,
Yang telah tidak jadi. Bukan kerana tidak mampu,
Atau hilangnya cinta,
Atau putus asa,
Tetapi ketetapan itu,
Terlalu murah,
Untuk harga satu maruah.SAZALEE YACOB.
1/10/1990P/S deep.. ambik ikhtibar.