Rabu, 23 Mac 2016

Puisi lama part 1


Assalammualaikum,
 Update untuk kali ni sebenarnya atas permintaan kawan aqish. permintaan nah. Hahahahahaha. Tapi kawan aqish suruh buat panjang sikit.. it sokey. I try my best dear..

 Okey, tadi masa aqish cari baju nak pakai untuk esok. Cari punya cari. Last sekali penat. So aqish duduk sekejap kat ruang rak buku. Pastu aqish ternampak buku warna hijau. Buku tu macam pernah aqish baca, macam diary mama. So aqish ambik lh, aqish bukak last last tu buku puisi mama. Hobi mama masa zaman muda dulu, dia suke kumpul stem or kumpul puisi and menulis diary.  Buku puisi aqish pernah baca, diary mama pun sama.jahat x aqish? Aqish terjumpe so aqish baca lh. Dh tu memang minat aqish. Nak buat macam mane.. Mama sebenarnya kreatif. Orang seni.

 Dalam buku tu ada puisi zaman 1990. Puisi2 lama. Masa tu aqish x lahir lagi. So, aqish nak update pasal puisi ni. Siapa yang suka puisi2 lama tu boleh lah selalu  lawat entry Ni.. kata kunci dia insyaAllah aqish akan letak 'Puisi'..

 PENYAIR

 1.
 Dia seorang insan
 berjalan dengan keyakinan
 membawa ketajaman fikiran
 dan bijak mentafsir.

2.
 Dia seorang insan
 melihat dengan kematangan
 kemudian memaknakan
 dengan ilmu dan pengalaman.

3.
 Dia seorang insan
 ibarat sebatang lilin
 berkorban untuk lain.


Karya : Pena Mutiara ( Ahmad Sabki Tahir )
 Tarikh : 1993
 Petikan : Antologi Bunga Desa
 Terbitan : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wallahu alam. Guys esok aqish ade pertandingan peringkat daerah. Sekolah aqish jadi tuan rumah. Aqish masuk hafazan. Wish me luck. Wasalam. Good night. Jangan tidur lewat. Bye...  luv u.