Apakah yang kautemui
Di hujung pengumpalan kesedaran
Yang terpecah adalah
Langkah songsang pengembara
Dan pengatur waktu memulakan dengan tertib
Menjahit duka meninggikan harapan
Kerana pendaki memilih keberanian.
Belum waktunya mentari padam ketika senja
Kerana perjalanan seharusnya menembusi dinding segala kabus
Menjaring sayap gementar
Antara gelombang kejatuhan
Dengan warna kehidupan.
Ketika menyisir perjalanan
Seperti membuka lembaran waktu
Yang mempersonakan atau mejemukan
Tebing dan lereng pendakian itu
Bernama ketahanan dan keberanian
Ia adalah ruang dan perangsang.
Karya : --
Tarikh : --
Petikan : --
Terbitan : --
Klang, Selangor.
P/s sorry... dia tak bagi nama and tarikh..
Ulasan
Catat Ulasan