Langkau ke kandungan utama

Hilang Waktu II

Lelaki berjambang itu
la tidak kujumpa
ada di pangkalan
membimbit hidupnya
tidak kutahu berapa usia.
Kami saling berjabat
menyisir malam larut
setelah pijar mentari
yang terbenam.

Kemarau hilang seketika
jam siapa terjatuh di kakiku
menanar dia bertanya waktu.
Bulan dinding kabut
jaring mimpi siapa pecah bertabur
ajal maut siapa menghenti dengkur.

Karya : AbdulHadi Muhammad
Angkatan Penyair Kelantan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bankitlah Matahari Antara Susuk Tubuh

di situ ada hamparan yang tajam api membekam kaki jiwa sekeping kuku simpatik jatuh ke pasir panas hangatnya hayat indah siang dari luka dihiris malam membeku jika ada restu cekuplah sedapat-dapatnya akar dan tunjang pulau sepukau angin lara di pucuk waktu ada tampanan keras kejelitaan membatas daya takhta hatinya, cahaya gadis wirawati. Karya : ZAINON MOHD NOOR Alor Setar, 1990

Sahabatku senja Veracruz

ketika muhu kurapatkan jendela ini kausahabatku senja veracruz muncul lagi dengan celotehmu manuel peres anak si anu tak pulang-pulang ibunya resah rumput stylo belum dipotong lembu di padang takut dicuri orang siapakah yang mendandan rambut ikai margarita Ia mimpi kakaknya enak-enak di ladang epal jauh di carlifonia sekol telah kering dalam daerah rindu anak muda tak menumpahkan keringat di dusun lagi adik-adik tak jemu menjaja tacos tan tamales di stesen atau di gerabak sangat perlu pesos itu nanti ada abang dan kakak yang mau ke texas atau los angeles mancanda esok dan masa depan. sahabatku senja veracruz aku telah lihat semuanya lupakan sebentar lelahmu kita rapati kapal-kapal berlabuh barangkali ada khabar pengembara dari jauh Varacruz, Mexico.

Pendaki

Apakah yang kautemui Di hujung pengumpalan kesedaran Yang terpecah adalah Langkah songsang pengembara Dan pengatur waktu memulakan dengan tertib Menjahit duka meninggikan harapan Kerana pendaki memilih keberanian. Belum waktunya mentari padam ketika senja Kerana perjalanan seharusnya menembusi dinding segala kabus Menjaring sayap gementar Antara gelombang kejatuhan Dengan warna kehidupan. Ketika menyisir perjalanan Seperti membuka lembaran waktu Yang mempersonakan atau mejemukan Tebing dan lereng pendakian itu Bernama ketahanan dan keberanian Ia adalah ruang dan perangsang. Karya : --  Tarikh : --  Petikan : --  Terbitan : -- Klang, Selangor. P/s sorry... dia tak bagi nama and tarikh..