Khamis, 24 Mac 2016

Puisi 'Hiba Sepasang Remaja'



Gadis ayu bertudung malu
 semanis kalbu membendung silu
 tunduk membisu semakin kelu
 menjenguk rindu di angin lalu.

Pinggiran kampung berputik cinta
 kasmaran termenung tilik cerita
 jika beruntung lempar si buta
 duka diusung tercemar sita.

Malang bertemu jaka berpura
 kembang layu bunga sakura
 gerigis berdebu gurun sahara
 gadis pilu diruntun lara.

Ini dia
 puisi hiba
 sepasang remaja
 di desa dosa
 di kota kata
 di angan syurga
 musnah segala....

Mugamutiara
 Akademi seni kebangs

Rabu, 23 Mac 2016

Puisi lama part 1


Assalammualaikum,
 Update untuk kali ni sebenarnya atas permintaan kawan aqish. permintaan nah. Hahahahahaha. Tapi kawan aqish suruh buat panjang sikit.. it sokey. I try my best dear..

 Okey, tadi masa aqish cari baju nak pakai untuk esok. Cari punya cari. Last sekali penat. So aqish duduk sekejap kat ruang rak buku. Pastu aqish ternampak buku warna hijau. Buku tu macam pernah aqish baca, macam diary mama. So aqish ambik lh, aqish bukak last last tu buku puisi mama. Hobi mama masa zaman muda dulu, dia suke kumpul stem or kumpul puisi and menulis diary.  Buku puisi aqish pernah baca, diary mama pun sama.jahat x aqish? Aqish terjumpe so aqish baca lh. Dh tu memang minat aqish. Nak buat macam mane.. Mama sebenarnya kreatif. Orang seni.

 Dalam buku tu ada puisi zaman 1990. Puisi2 lama. Masa tu aqish x lahir lagi. So, aqish nak update pasal puisi ni. Siapa yang suka puisi2 lama tu boleh lah selalu  lawat entry Ni.. kata kunci dia insyaAllah aqish akan letak 'Puisi'..

 PENYAIR

 1.
 Dia seorang insan
 berjalan dengan keyakinan
 membawa ketajaman fikiran
 dan bijak mentafsir.

2.
 Dia seorang insan
 melihat dengan kematangan
 kemudian memaknakan
 dengan ilmu dan pengalaman.

3.
 Dia seorang insan
 ibarat sebatang lilin
 berkorban untuk lain.


Karya : Pena Mutiara ( Ahmad Sabki Tahir )
 Tarikh : 1993
 Petikan : Antologi Bunga Desa
 Terbitan : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wallahu alam. Guys esok aqish ade pertandingan peringkat daerah. Sekolah aqish jadi tuan rumah. Aqish masuk hafazan. Wish me luck. Wasalam. Good night. Jangan tidur lewat. Bye...  luv u.




Ahad, 13 Mac 2016

Gred For Exam 2016

Annyong-haseyo blogger!!

Aqish jarang update dah kan? Ermmm i know...
Untuk update kali ni pon bukanya apa2 pon.. Sekarangkan aqish dah start sekolah. So lately ni I'm busy. X busy sangat pon. Tapi time hari persekolahan, aqish mesti tidur awal.. Sooo, takkan pagi2 buta nak bangun update kan? Sebenarnya, aqish bukan nak membebel macam mak nenek ke apa.. Aqish just nak bagi tahu yang aqish baru habis exam... Dari 1/3/16 - 8/3/16. Since 4 tahun aqish x belajar or ambik exam akademik.. So aqish takutlah nak tahu keputusan aqish... Mesti teruk kan... Huhhuhu.. Ya Allah! Takutnya! Yang buat aqish takutnya gred dia... Allahu....

Gred For Exam 2016

90 - 100 ~ A+
80 - 99 ~ A
70 - 79 ~ A-
65 - 69 ~ B+
60 - 64 ~ B
55 - 59 ~ C+
50 - 54 ~ C
45 - 49 ~ D
40 - 44 ~ E
00 - 39 ~ G

Tengok gred dia... Gerun tak?? Gred ni aqish dapat dari cikgu aqish eh. Aqish bukan saja2 letak.. Kalau tak sama.. Ermm.. Maybe gred ni kat sekolah aqish je kot.. Wallahu a'lam.. Lagi satu info yang aqish dapat.. Tapi aqish pon tak beberapa pasti.. Huhuhu.. Yang dalam SPM, markah 20 lebih ataupun 20 keatas dah dikira lulus... Aqish pon tak tahu.. Wallahu a'lam.. Tapi guys jangan pulak buat sambil lewa tau.. Study leklok... Sampai sini coretan aqish kali ini... Kalau ada sesiapa yang NAK tahu keputusan budak tak belajar 4 tahun ni.. Boleh comment kat bawah... Tapi jangan kecam pulak... Bagi kata2 semangat lah.. Okey! Luv you guys!! Last sekali aqish nak bagi tahu... 24/3 ni aqish ada pertandingan hafazan... So.. Doakan nya... Bye.. Wasalam